Monday, October 17, 2011

Resepi Kek Karamel



BAHAN A - 3 sudu besar gula pasir ( untuk dibuat gula hangus)

BAHAN B - 1 cup susu cair
- 1/2 cup gula castor
- 1 tsp esen vanilla
- 3 biji kuning telur ( bahagian putih yg biasa melekat pada kuning telur dibuang utk mengelakkan bau hanyir telur )

BAHAN C - 3 biji kuning telur
- 1/2 cup gula castor
- 130 ml air
- 45 ml minyak jagung
- 140 gram tepung naik sendiri
- esen vanilla
BAHAN D - 6 biji putih telur.
- 1/2 cup gula castor
- 1 tbsp cream tartar.

CARA-CARA MEMBUATNYA
* BAHAN A : letak gula dalam loyang kek dan panaskan di atas api kecil sehingga keperangan. Biar sejuk.

* BAHAN B : untuk buat karamel. Satukan semua bahan2 . Kacau2 untuk memecahkan kuning telur. Tak perlu dipukul untuk mengelakkan buih2 timbul.

* BAHAN C : Satukan semua bahan2 dan pukul hingga kembang.

*BAHAN D :  untuk buat maringue. Satukan semua bahan2. Pukul sehingga betul2 kembang. adunan tak tumpah bila diterbalikkan. 

* Campurkan bahan C dan D. Kaup balikkan sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk letak color. ikut suka.

* Letak BAHAN B di atas BAHAN A. kemudian letak campuran BAHAN C dan D.

* Bakar secara "water bath" . 160 darjah celcius. 40 minit.

* Simpan di dalam peti sejuk selama sejam sebelum diterbalikkan. sedap dimakan sejuk2..hehe

No comments:

Post a Comment

thanx a lot for leave some comments

Linkwithin

Blog Widget by LinkWithin